
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini meningkat dari tahap 1.2854 ke arah 1.2936 pada semalam. Harga semasa kini ditetapkan pada tahap 1.2883. Berdasarkan kepada carta 1H, rintangan dilihat berada pada tahap 1.2936 dan 1.2973. Selain itu, sokongan mingguan 1 terletak pada tahap 1.2817. Hari ini, pasangan mata wang GBP/USD terus diniagaakn dalam arah aliran menaik dari tahap sokongan baru 1.2854, untuk membentuk saluran kenaikan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan diniagakan di antara tahap 1.2854 dan 1.2973. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.2854 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2936 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.2973 (Double top). Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 1.2973, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.2973. Pasaran akan melanjutkan aliran menurun menuju ke tahap 1.2854 untuk kembali diniagakan ke titik pangsi mingguan. Selain itu, penembusan harga pada tahap sasaran tersebut akan menggerakkan pasangan mata wang ke tahap yang lebih lagi, iaitu 1.2735.
Ulasan:
- Pangsi mingguan dilihat terletak pada tahap 1.2854.
- Pasaran masih diniagakan dalam aliran menaik. Kami masih cenderung terhadap prospek kenaikkan harga.