
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.1558 dalam dagangan jangka pendek. Perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 1.1503 yang merupakan sokongan pertama pada carta 4H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom' pada carta yang sama. Sehubungan itu, pasangan mata wang EUR/USD kini menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.1503. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.1503 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1628 untuk menguji rintangan harian 1. Tahap 1.1628 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Selain itu, RSI masih memberikan isyarat bahawa harga kini dalam aliran menaik sebagaimana ia masih kekal mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak lebih tinggi dalam beberapa jam yang akan datang. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 1.1628, maka pasaran akan mendorong aliran mneaik untuk diniagakan ke arah sasaran 1.1676 pada hari ini. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.1503, maka penurunan harga yang seterusnya ke tahap 1.1426 boleh berlaku. Ia akan menunjukkan pasaran penurunan harga.