
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD diniagakan dalam aliran menurun dari tahap 1.3094 dan 1.3048. Pasangan mata wang ini turun dari tahap 1.3094 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 1.3018, dan kemudiannya ditetapkan di sekitar tahap 1.3080. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3094, dan diikuti oleh tahap 1.3132, manakala sokongan harian 1 pada tahap 1.2974. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CAD ini masih diniagakan di antara tahap 1.3094 dan 1.2974; untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 120 pips (1.3094 - 1.2974). Sekiranya pasangan mata wang USD/CAD ini gagal menembusi tahap rintangan kecil pada tahap 1.3094, pasaran akan melanjutkan penurunan harga sehingga mencecah ke tahap 1.3048. Ini akan mencetuskan pasaran penurunan harga sebagaimana penunjuk RSI masih berada di kawasan positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.2974 dengan tujuan untuk menguji sokongan utama harian. Walau bagaimanapun, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 1.3132, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.