Tinjauan Teknikal:
Carta harian bagi Indeks Dolar AS yang dibentangkan di sini adalah bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih besar. Sila ambil perhatian bahawa rali di antara tahap 88.30 hingga 97.09 boleh dianggap sebagai ayunan menaik yang kelihatan telah lengkap. Ia perlu ditarik semula ke tahap 93.80 dan 92.60 seperti yang ditunjukkan di sini, sebelum kenaikan harga yang seterusnya boleh disambung semula. Rintangan sementara dilihat melalui tahap 97.20, manakala sokongan adalah melalui tahap 93.70. Penembusan harga di bawah tahap 95.00 adalah diperlukan untuk mengesahkan penurunan harga dan mendorong harga untuk diniagakan ke arah sasaran yang dijangka. Sebaliknya, penolakan harga di atas tahap 97.20 akan menunjukkan bahawa kesinambungan kenaikkan harga yang seterusnya adalah berpotensi sebelum pembetulan harga ketara berlaku.
Pelan dagangan:
Kekal pada pesanan menjual terhadap tahap 97.20, dengan sasaran ditetapkan pada tahap 94.80 dan lebih rendah.
Semoga berjaya!