Pasangan mata wang GBP / USD
Pada hari Isnin, dagangan mata wang GBP meningkat sebanyak 31 mata disebabkan oleh maklumat tentang perubahan kemungkinan status sempadan Ireland dalam perbincangan Brexit. Seperti yang dilaporkan, perunding mencapai kesepakatan mengenai semua perkara transaksi dan persoalan sempadan tetap menjadi satu-satunya yang masih dalam proses perbincangan. Tetapi sekiranya status sempadan tersebut berubah, UK mungkin akan menerima pilihan tambahan.
Secara teknikalnya, semua indikator kecuali garisan keseimbangan pada carta skala harian menunjukkan pertumbuhan dalam dagangan mata wang GBP sebagai harga di bawah garisan ini. Ini adalah isayarat bahawa harga untuk hari ini dan esok akan menerima kelembapan dan imbangan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah, dan selepas itu kenaikan harga yang mendadak adalah memungkinkan. Sasaran pertama pertumbuhan sedemikian adalah rintangan garisan arah aliran harga pada carta harian sekitar 1.3178. Kemudian tahap tindak balas Fibonacci adalah 110.0% pada harga 1.3312. Sekiranya pasaran berada di bawah spekulasi besar-besaran berdasarkan pilihan raya, harga boleh bertukar dari sasaran pertengahan atau kedua dan kembali kepada tahap 1.2910 atau jauh ke bawah sehingga 1.2808.