Semalam, emas dilihat telah menguji rintangan yang terletak pada tahap $1,236. Harga telah ditolak dan ditarik semula ke arah sokongan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Dalam analisis kami yang terakhir, saya ada menyatakan bahawa selagi emas diniagakan di bawah tahap $1,240, peluang penarikan semula harga ke arah Penarikan Semula Fibonacci 61.8% kekal tinggi. Hanya penutupan dan penembusan harga di atas tahap $1,240 akan membatalkan mana-mana peluang untuk penarikan semula harga.
Segitiga Magenta - kawasan sokongan utama
Garis hijau - laluan harga yang diramalkan
Emas pada mulanya menembusi tahap sokongan yang terletak pada Penarikan Semula Fibonacci 38%. Melantun tetapi ia telah ditolak pada tahap rintangan $1,235-39 dan ditarik semula ke arah tahap Fibonacci 61.8%. Harga melantun dari tahap sokongan ini dan ini adalah isyarat untuk kenaikan harga. Bagi memastikan aliran menaik kekal dominan, harga perlu bergerak ke arah sasaran kami pada tahap $1,260-70, kita sepatutnya melihat penembusan harga di atas tahap $1,235-40. Selagi harga tidak menembusi tahap ini, aliran menurun berpotensi untuk mendominaso pasaran. Sokongan didapati terletak pada tahap $1,223-21. Penembusan dan penutupan harga di bawah tahap ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat oleh aliran menaik. Ini akan meletakkan sokongan utama $1,212 dalam bahaya dan keseluruhan senario kenaikan harga juga.