Berdasarkan kepada analisis terdahulu, kami telah menjelaskan bahawa dalam dagangan jangka pendek, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak lebih tinggi sebagaimana persediaan teknikal cenderung untuk bergerak ke arah tahap 1.15-1.16. Aliran dagangan jangka panjang masih menurun tetapi dalam jangka pendek, kami mempunyai lebih banyak isyarat pengukuhan harga.
Titik biru terang - sokongan kekuatan sederhana
Titik biru gelap - sokongan kekuatan maksimum
Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi pada carta 4 jam. Harga kini mengukuh di atas sistem titik biru dan memecah atau sekurang-kurangnya cuba untuk keluar dari saluran penurunan harga jangka pendek. Dalam analisis terdahulu, saya ada menjelaskan bahawa terdapat beberapa penunjuk yang menunjukkan lantunan harga muncul kerana kekuatan setiap tahap harga rendah yang lebih rendah semakin melemah. Sokongan kini ditemui terletak pada tahap 1.1380 dan 1.1340. Selagi pasangan mata wang ini diniagakan di atas kedua-dua tahap harga ini, aliran dagangan jangka pendek akan memihak kepada pergerakkan di atas tahap 1.15 menuju ke arah tahap 1.16.