Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 November, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-11-30T10:50:54

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 November, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 November, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF tidak memperlihatkan sebarang pergerakan harga yang ketara pada semalam. Tiada perubahan dalam gambaran teknikal kami. Harga masih kekal cenderung untuk diniagakan dalam aliran menaik dengan ujian jangka pendek pada tahap 1.0142 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang USD/CHF meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.9951 pada carta 4H. Hari ini, sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9951, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga sekarang. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.9951, yang bertepatan dengan titik pangsi harian. Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan prospek aliran menaik. Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini akan diniagakan di antara tahap 0.9951 dan 1.0058. Oleh itu, sokongan kini didapati terletak pada tahap 0.9951, manakala rintangan harian pada tahap 1.0058. Oleh itu, pasaran diramalkan akan menunjukkan isyarat aliran menaik di sekitar tahap 1.0058. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.0058/0.9951 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.0142; dan seterusnya ke arah 1.0216. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini gagal menembusi tahap rintangan 1.0058 pada hari ini, pasaran berpotensi untuk meneruskan dagangan menurun sehingga mencecah ke tahap 0.9860.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...