
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.7242. Pasangan mata wang ini telah meningkat dari tahap 0.7242 menghampiri ke bahagian atas sekitar tahap 0.7299, walau bagaimanapun, ia telah melantun semula untuk diniagakan di sekitar tahap 0.7242. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7299, dan diikuti oleh tahao 0.7352, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 0.7185 (Penarikan Semula Fibonacci 50%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang AUD/USD masih bergerak di antara tahap 0.7250 dan 0.7352; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 102 pips. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7299, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan diniagakan lebih tinggi (0.7299) untuk mengujinya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanna membeli di atas tahap 0.7299 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7352 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7394. Selain itu, ia adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7394 adalah merupakan lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia dijangka akan membentuk 'Double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7185, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7069 adalah diramalkan sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.