Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.2604 yang menjadi sokongan kuat pada semalam. Tahap ini adalah bertepatan dengan penarikan semula Fibonacci 38.2% yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Sama pentingnya, RSI masih memberikan isyarat bahawa harga kini diniagakan dalam aliran menaik, manakala Moving Average (MA)(100) menuju ke tahap lebih tinggi. Oleh yang demikian, prospek kenaikkan harga kekal sah selagi EMA 100 bergerak lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan menembusi titik pangsi harian (1.2644) dalam beberapa jam yang akan datang. Pasangan mata wang GBP/USD akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik selepas menembusi tahap tinggi pada 1.2682. Oleh itu, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan erti kata lain, pesanan membeli dicadangkan di atas tahap 1.2644 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2682. Kemudian, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 1.2682 dan seterusnya ke tahap 1.2739. Tahap 1.2739 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 1.2811. Sebaliknya, sokongan harian yang kuat dilihat pada tahap 1.2604. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi tahap 1.2604, pasaran akan meneruskan aliran menurun hingga ke tahap 1.2557 (sokongan harian 2).