Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat telah menembusi tahap rintangan yang bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0.6705 pada minggu ini. Tahap 0.6705 adalah bertepatan dengan nisbah emas (Fibonacci 61.8%), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap 'overbought' sebagaimana harga berada di atas paras 70. RSI masih memberikan isyarat aliran meningkat kerana ia masih kukuh di atas Moving Average (MA)(100). Selain itu, adalah penting untuk dinyatakan bahawa titik pangsi kini terletak pada tahap 0.6882. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang berkemungkinan besar akan meningkat dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangka akan menunjukkan arah aliran menaik. Dengan erti kata lain, pesanan membeli disyorkan di atas tahap 0.6800 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6882. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6882 dan seterusnya ke tahap 0.6984. Tahap 0.6984 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.6705, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.