Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 1.2728. Semalam, pasangan mata wang ini melonjak dari tahap 1.2728 menghampiri ke tahap 1.2780. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.2814, dan diikuti oleh tahap 1.2888, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 1.2728. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.2728 dan 1.2888; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 160 pips.
Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 1.2814, harga diramalkan akan meningkat lebih tinggi (1.2888) untuk menguji.
Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.2728 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2814 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.2888. Juga, adalah penting untuk diperhatikan bahawa tahap 1.2888 merupakan lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk rintangan utama pada hari ini. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.2728, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.2670 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.