Gambaran Keseluruhan:
Pangsi: 0.6882.
Pasangan mata wang NZD/USD dilihat telah menembusi rintangan yang telah bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0.6705 minggu ini. Tahap 0.6705 adalah bertepatan dengan nisbah emas (Fibonacci 61.8%), yang dijangka bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. RSI dianggap sebagai 'overbought', kerana ia berada di atas paras 70. RSI masih memberikan isyarat bahawa harga kini dalam aliran menaik sebagaimana ia masih mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Selain itu, adalah penting untuk di perhatikan bahawa tahap pangsi terletak pada tahap 0.6882. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangka akan menunjukkan tanda-tanda arah aliran menaik. Dengan erti kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6800 dengan sasaran pertama pada tahap 0.6882. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6882 dan seterusnya ke tahap 0.6984. Tahap 0.6984 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Sebaliknya, jika berlaku penembusan harga pada tahap sokongan 0.6705, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.