Seperti yang dijangkakan, pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan meneruskan lantunan harga ke arah tahap 1.14, tetapi harga hanya berjaya bergerak ke tahap 1.1371 dan Penarikan Semula Fibonacci 50%. Penolakan harga pada tahap 50% adalah isyarat untuk penurunan harga.

Garis hitam - perbezaan (divergence) kenaikkan harga
Garis merah - garis aliran rintangan
Garis hijau - sokongan
Segitiga biru - Sasaran pertama melantun (telah dicapai)
Segitiga hitam - sasaran lantunan kedua
Sokongan didapati terletak pada tahap 1.1275 dan selagi harga berdagang di atas tahap tersebut, masih ada harapan untuk pasangan mata wang EUR/USD ini melantun ke arah 1.14. Harga kini diniagakan di sekitar tahap Penarikan Semula Fibonacci 38% selepas ditolak pada 50%. Ini adalah isyarat untuk penurunan harga. Walau bagaimanapun, RSI dilihat masih membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi di bawah garis sokongan hitam. Aliran harga jangka sederhana kekal menurun selagi ia berada di bawah tahao 1.15. Mana-mana lantunan harga akan dianggap peluang untuk mengambil pesanan menjual selagi pasangan mata wang EUR/USD ini akan diniagakan di bawah tahap 1.15.