Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 21 Februari, 2019

parent
Analisis Forex:::2019-02-21T07:30:00

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Februari, 2019

Emas menunjukkan tanda-tanda pembalikan harga. Semalam saya ada menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk aliran menaik mengambil keuntungan dan menjadi neutral atau menurun. Emas diramalkan sekurang-kurangnya akan membuat penarikan semula harga ke arah tahap $1,330 jika tidak lebih rendah. Sokongan aliranutama telah meningkat dari $1,280 ke $1,300.

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Februari, 2019

Garis ungu - saluran kenaikkan harga

Segitiga kuning - sokongan

Segitiga hitam - sokongan jangka pendek

Emas kekal diniagakan di dalam saluran kenaikan harga dan aliran harga bagi dagangan jangka sederhana masih menaik. Walau bagaimanapun harga dilihat telah mencapai sempadan kawasan rintangan pada saluran menaik dan seperti yang dijelaskan pada hari ini, saya mengharapkan penarikan semula harga dari tahap semasa dan memilih untuk sekurang-kurangnya menjadi neutral jika tidak menurun. Ujian semula harga pada kawasan $1,330-26 yang pernah menjadi rintangan pada sebelum ini diramalkan akan berlaku tidak lama lagi. Aliran harga hanya akan berubah apabila harga menembusi di bawah tahap $1,300. Sehingga itu, aliran menaik akan tetap mengawal pasaran emas.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...