Emas dilihat telah membuat penarikan harga yang kuat pada semalam ke arah $1,310, menembusi di bawah garis sokongan sokongan jangka pendek yang menyediakan pesanan menjual jangka pendek pada tahap $1,324.50. Aliran harga jangka sederhana kekal menaik selagi harga diniagakan di atas tahap $1,300- $1,280.
Segitiga biru - kawasan rintangan
Garis biru - garis aliran sokongan jangka pendek (ditembusi)
Garis hijau - kawasan sokongan aliran utama
Meskipun emas telah membuat penarikan semula harga $14 dari $1,324.50 hingga $1,310, ia dilihat masih membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Walaupun kami mempunyai isyarat penurunan harga jangka pendek dengan penembusan harga di bawah garis sokongan biru, aliran dagangan jangka sederhana kekal menaik selagi emas diniagakan di atas tahap $1,280. Pada masa ini, emas telah ditarik semula ke arah Penarikan Semula Fibonacci 38% pada kenaikkan terakhir. Harga berpotensi untuk meneruskan penurunan harga ke arah $1,300- $1,296 di mana kami mendapati tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% terletak. Jangan lupa bahawa tahap tinggi emas terletak hanya di atas Penarikan Semula Fibonacci menurun 61.8%, oleh yang demikian, sila perhatikan tahap Fibonacci ini kerana ia sangat penting. Sila berhati-hati dengan aliran menaik emas. Emas berpotensi untuk mendapat sokongan di sekitar tahap $1,300 dan kemudian memulakan kenaikkan lebih tinggi dan akhirnya menembusi di atas $1,324.50 untuk bergerak ke $1,350-60. Sebaliknya, aliran menurun tidak membenarkan penembusan harga pada tahap tinggi $1,324.50. Selagi harga berada di bawah tahap ini, berkemungkinan besar tekanan menjual baru akan dilihat dan menolak harga di bawah tahap sokongan utama pada $ 1,280. Ini akan membuka jalan untuk emas bergerak ke arah kawasan $1,250-60.
Kesimpulanya, tahap utama yang perlu dalam perhatian adalah pada $1,324 dan $1,280. $ 1,300 juga merupakan tahap utama untuk diperhatikan tetapi tidak jelas seperti dua tahap harga yang lain.