Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 28 Mac, 2019. Aliran menaik dilihat berusaha untuk membina tahap sokongan besar

parent
Analisis Forex:::2019-03-28T07:20:11

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 28 Mac, 2019. Aliran menaik dilihat berusaha untuk membina tahap sokongan besar

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan maat wang EURUSD, anda perlu:

Kenyataan Marie tentang Draghi telah menyokong euro pada semalam, walau bagaimanapun, kebanyakkan pedagang tidak tergesa-gesa untuk kembali ke pasaran. Selagi pasangan mata wang ini diniagakan di atas tahap 1.1240, permintaan terhadap euro akan berterusan, dan pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat untuk membeli sekiranya pasangan mata wang ini menembusi dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1269. Tugas utama aliran menaik adalah untuk mengemas kini tahap tinggi 1.1294 dan 1.1324, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengunci keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan dagangan menurun selepas laporan ekonomi yang lemah pada indikator keyakinan pengguna zon eropah, adalah lebih baik untuk melihat dengan lebih dekat pembelian selepas ujian harga pada tahap rendah 1.1208 dan 1.1176.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan maat wang EURUSD, anda perlu:

Aliran menurun diramalkan akan menolak harga ke tahap sokongan 1.1240, kerana pengukuhan harga di bawah tahap ini akan membawa kepada gelombang menjual baru mata wang Eropah dengan menguji tahap rendah sekitar tahap 1.1208 dan 1.1176, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Dengan senario kenaikkan harga pasangan mata wang EUR/USD pada separuh pertama hari ini terhadap laporan fundamental yang positif untuk zon eropah, tahap terbaik untuk mengambil pesanan menjual adalah pada 1.1294, tetapi pesanan menjual yang lebih besar akan dilihat pada tahap tinggi mingguan - 1.1324.

Isyarat Indikator

Moving averages

Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 hari dan 50-medium, yang menandakan sifat penurunan pasaran.

Bollinger band

Di bawah senario kenaikkan euro, potensi aliran menaik akan dihadkan oleh had atas penunjuk Bollinger Bands pada kawasan 1.1269. Penembusan harga pada sempadan yang lebih rendah di kawasan 1.1237 akan membawa kepada gelombang penurunan euro yang baru.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 28 Mac, 2019. Aliran menaik dilihat berusaha untuk membina tahap sokongan besar

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...