Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang AUD/USD ini ditetapkan di atas tahap sokongan kuat 0.7046 dan 0.7168. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan aliran menaik. Oleh yang demikian, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.7046, kerana trend ini dilihat masih menunjukkan pengukuhan di atas tahap tersebut. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini masih dalam arah aliran menaik pada tahap 0.7046 dan 0.7168. Pasangan mata wang AUD/USD kini berdagang dalam aliran menaik dari garis sokongan terakhir 0.7112 menuju ke arah tahap rintangan pertama 0.7168 untuk mengujinya. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa harga masih dalam pasaran menaik. Pasangan mata wang kini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.7168 dan seterusnya ke tahap 0.7290. Tahap 0.7389 akan bertindak sebagai rintangan utama dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.7389. Pada masa yang sama, jika terdapat penembusan harga pada tahap sokongan 0.7112 dan 0.7046, senario ini mungkin menjadi tidak sah atau terbatal. Secara keseluruhannya, walau bagaimanapun, kami masih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.