Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga susulan penembusan harga pada tahap tinggi 0.6765. Menurut carta 1H, tahap 0.6765 adalah bertepatan dengan Fibonacci 23.6%, yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan kecil pada hari ini. Oleh kerana trend berada di atas tahap Fibonacci 23.6%, pasaran masih dalam arah aliran menaik. Walau bagaimanapun, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.6735. Selanjutnya, trend ini masih menunjukkan pengukuhan harga di atas Moving Averages (MA)(100). Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang disebutkan di atas, kerana prospek kenaikkan harga kekal sah selagi EMA 100 menuju ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, sokongan yang kuat pada tahap 0.6735 menyediakan isyarat yang jelas untuk mengambil pesanan membeli dengan sasaran dilihat terletak pada 0.6842. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan kecil pada 0.6842, pasangan mata wang ini diramalkan akan bergerak lebih tinggi meneruskan pembangunan trend menaik ke tahap 0.6911 untuk menguji 'double top'.