Emas telah menurun di atas rintangan jangka pendek dan dijangka akan bergerak ke arah tahap $1,315. Aliran menaik perlu menawan semula tahap $1,300 secepat yang mungkin kerana lebih lama harga berada di bawah tahap itu, maka lebih rendah peluang untuk menembusinya, mengakibatkan penolakan harga.
Garis hitam - garis aliran rintangan
Segitiga merah - sasaran
Segitiga biru - rintangan jangka pendek (telah ditembusi)
Gelombang hijau - sokongan utama
garis biru - perbezaan (divergence) kenaikkan harga
Emas telah mencapai kawasan sokongan $1,290- $1,280 dan telah menghasilkan lonjakan ke arah tahap rintangan $1,300. Emas diramalkan akan meneruskan kenaikkan ke arah tahap $1,315 jika aliran menaik berjaya menawan semula tahap $1,300- $1,302. Kegagalan harga untuk menembusi di atas kawasan ini berkemungkinan akan menolak harga Emas kembali berdagang ke arah $1,290. Sokongan utama kekal pada kawasan $1,290-80. Penembusan harga ini akan membuka jalan untuk bergerak ke arah $1,250- $1,200. Ini akan menjadi isyarat penurunan penting. Maka selagi harga di atas tahap tersebut, aliran menaik dijangkakan akan membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi bermula tidak lama lagi. Rintangan utama adalah pada kawasan $1,315-20 dan penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan untuk membolehkan Emas bergerak ke arah $1,350.