Seperti yang telah dijangkakan, pasangan mata wang ini telah menembusi rintangan jangka pendek pada kawasan 1.1220-1.1230 dan telah meningkat ke arah sasaran jangka pendek pertama yang terletak pada tahap 1.1270. Harga kini telah mula membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dalam carta 4 jam.
Garis merah - saluran penurunan jangka sederhana
Segitiga hijau - sokongan
Garis hitam - garis aliran rintangan jangka pendek (telah ditembusi)
Pasangan mata wang EURUSD ini telah membalikkan aliran jangka pendek kepada menaik. Selagi harga berdagang di atas tahap 1.12 akan kekal menaik. Aliran jangka sederhana masih menurun kerana harga masih berada di dalam saluran menurun merah dan di bawah rintangan utama 1.1330-1.1310. Aliran menaik perlu keluar dari saluran menurun merah dan mencapai semula tahap 1.14 untuk membolehkan kesinambungan kenaikkan harga yang lebih tinggi ke arah 1.15-1.16. Kegagalan harga untuk mengukuh di atas tahap 1.12 akan membuka jalan ke tahap 1.11.