Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.6765.
Menurut carta 1H, tahap 0.6765 adalah bertepatan dengan Fibonacci 23.6%, yang dijangka bertindak sebagai sokongan kecil pada hari ini. Oleh kerana aliran harga berada di atas tahap Fibonacci 23.6%, pasaran masih dalam arah aliran menaik. Walau bagaimanapun, sokongan utama dilihat pada tahap 0.6735.
Selanjutnya, aliran harga ini masih menunjukkan pengukuhan harga di atas Moving Averages (MA)(100). Oleh yang demikian, pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang disebutkan di atas, kerana prospek kenaikkan harga kekal sah selagi EMA 100 menuju ke arah yang lebih tinggi.
Oleh itu, sokongan yang kuat akan didapati terletak pada tahap 0.6735 sekaligus menyediakan isyarat yang jelas untuk membeli dengan sasaran yang terletak pada tahap 0.6842.
Sekiranya aliran harga berjaya menembusi tahap rintangan kecil pada 0.6842, pasangan mata wang ini akan bergerak lebih tinggi meneruskan pembangunan aliran menaik ke tahap 0.6911 untuk menguji 'double top'.