Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang AUD/USD ini ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.7046 dan 0.7168. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan aliran menaik. Oleh itu, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.7046, sebagaimana harga masih menunjukkan pengukuhan harga di atas tahap tersebut. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini masih dalam arah aliran menaik di kawasan 0.7046 dan 0.7168. Pasangan mata wang AUD/USD ini diniagakan dalam aliran menaik dari garis sokongan terakhir 0.7112 ke arah tahap rintangan pertama 0.7168 untuk menguji tahap tersebut. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa harga masih dalam pasaran trend menaik. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.7168 dan seterusnya ke tahap 0.7290. Tahap 0.7389 diramalkan akan bertindak sebagai rintangan utama dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.7389. Pada masa yang sama, jika terdapat penembusan harga pada tahap sokongan 0.7112 dan 0.7046, senario ini mungkin tidak sah. Secara keseluruhanya, walau bagaimanapun, kami masih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.