Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah melantun dari keadaan pasaran yang sangat 'oversold' dan menembusi rintangan teknikal tempatan pada tahap 1.2476, 1.2505 dan 1.2529. Setakat ini, lantunan harga adalah cetek dan rintangan teknikal utama pada tahap 1.12559 masih belum diuji, tetapi momentum adalah positif, oleh yang demikian, terdapat peluang untuk rali selanjutnya ke arah garis aliran sekitar tahap 1.2600.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.2853
WR2 - 1.2772
WR1 - 1.2630
Pangsi Mingguan - 1.2551
WS1 - 1.2402
WS2 - 1.2319
WS3 - 1.2180
Cadangan Perdagangan:
Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah mengikuti aliran harga pada carta masa yang lebih besar. Aliran harga pada carta masa yang lebih besar masih menurun dan tiada tanda-tanda sebarang pembalikan hagra. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat berada pada tahap 1.2420 dan rintangan teknikal jangka panjang utama terletak pada tahap 1.2775 dan jika tahap ini ditembusi, maka para pedagang akan berpeluang untuk melihat pembalikan harga.