Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 11 Julai. Pertumbuhan pound dihadkan oleh senario politik

parent
Analisis Forex:::2019-07-11T07:00:25

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 11 Julai. Pertumbuhan pound dihadkan oleh senario politik

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Walaupun pound kini diniagakan dalam aliran menaik, namun potensi kenaikkan harga yang lebih tinggi telah dihadkan oleh isu-isu politik yang berkaitan dengan pemilihan Perdana Menteri Britain, yang mungkin memihak kepada penyokong Brexit "Hard", Boris Johnson. Pada masa ini, pembeli memerlukan penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.2537, yang akan membawa kepada kemaskini tahap tinggi sekitar 1.2585 dan 1.2639, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Dengan senario pembetulan harga pada separuh pertama hari ini, pesanan membeli berpotensi dikembalikan kepada penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.2503, dan juga untuk melantun semula dari tahap harga rendah yang lebih rendah di kawasan 1.2469.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Penjual Pound akan mengharapkan inflasi yang baik di Amerika Syarikat dan penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.2537, yang akan menyebabkan pembetulan menurun pada tahap sokongan 1.2503. Walau bagaimanapun, hanya penembusan harga pada tahap ini akan mengembalikan kepercayaan kepada pasaran untuk penurunan pasangan mata wang GBP/USD yang selanjutnya dengan kemaskini tahap rendah sekitar 1.2469 dan 1.2439, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Dengan pertumbuhan selanjutnya dalam aliran baru, pesanan menjual boleh dipertimbangkan semasa ujian harga pada tahap tinggi 1.2585 dan 1.2639.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan perubahan arah aliran harga.

Bollinger band

Sekiranya pound menurun, sokongan akan diberikan oleh had lebih rendah pada penunjuk sekitar tahap 1.2485.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 11 Julai. Pertumbuhan pound dihadkan oleh senario politik

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - kuning
  • MA (moving average) 30 days - hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...