Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Harga minyak merosot

parent
Berita Analisis:::2020-06-15T11:31:08

Harga minyak merosot

Harga minyak merosot

Selama tempoh 6 minggu terakhir, berlaku kenaikan harga minyak. Namun, pada hari ini, bertarikh pada 15 Jun, harga minyak jatuh sebanyak 8.3%. Menurut para pakar, kenaikan harga minyak adalah mungkin, tetapi hanya apabila permintaan kembali ke tahap sebelumnya.

Lanjutan pengurangan pengeluaran minyak ke tahap yang dicatat pada bulan Mei dan Jun iaitu 9.7 juta tong sehari memberikan sokongan jangka pendek ke pasaran minyak. Pada bulan Mei dan Jun, Arab Saudi dan rakan-rakannya (Kuwait, Emiriah Arab Bersatu) secara sukarela memotong jumlah pengeluaran daripada yang ditetapkan oleh perjanjian. Pada masa ini, mereka berhasrat untuk mengurangkan jumlah pengeluaran bulan Julai mereka mengikut kewajiban kuota. Pada masa yang sama, Mexico bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran hanya sebanyak 100 ribu tong sehari.

Penganalisis PVM OIL Associates sebelum ini memberi amaran bahawa optimisme berlebihan boleh membahayakan dan kita tidak boleh memandang rendah akibat ekonomi dari coronavirus dan ancaman langkah-langkah sekatan baru.

Di AS, jumlah kes COVID-19 meningkat sekali lagi. Oleh demikian, pihak berkuasa AS sedang membincangkan sekatan baru dalam ekonomi yang dapat menjejaskan permintaan bahan mentah dengan cepat dan mengembalikan ancaman mengisi kemudahan penyimpanan.

Harga minyak mentah Brent susut sebanyak 3.18% kepada paras harga dagangan sebanyak AS$ 37.5 setong dan minyak WTI turun sebanyak 4.55% untuk diperdagangkan pada paras harga dagangan AS$ 34.61. Andy Lipow, presiden Lipow Oil Associates, mengatakan bahawa harga akan kekal dalam lingkungan AS$ 35 - AS$ 40 setong.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...