Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang GBP / USD dan EUR / USD: Gelombang baru penurunan pound. Tinjauan ekonomi yang cerah menyokong dolar AS

parent
Analisis Forex:::2020-06-15T11:09:59

Pasangan mata wang GBP / USD dan EUR / USD: Gelombang baru penurunan pound. Tinjauan ekonomi yang cerah menyokong dolar AS

Keseronokan dalam membeli pound Britain akan berakhir. Data baru-baru ini mengenai ekonomi UK membuka mata para pelabur yang secara membuta tuli mempercayai pemulihan UK yang cepat terhadap wabak dan krisis ekonomi. Menurut pengiraan minimum ahli ekonomi, UK memerlukan sekurang-kurangnya tempoh 3 tahun sebelum negara itu dapat pulih hingga ke tahap sebelum berlaku krisis.

Pasangan mata wang GBP / USD dan EUR / USD: Gelombang baru penurunan pound. Tinjauan ekonomi yang cerah menyokong dolar AS

Data KDNK yang diterbitkan pada Jumaat lalu menunjukkan sepenuhnya kesan sekatan kuarantin dalam ekonomi. Menurut laporan itu, ekonomi UK menguncup lebih dari 20% pada bulan April tahun ini, susulan daripada langkah sekatan yang diperkenalkan untuk mengatasi wabak tersebut. Badan perangkaan nasional juga melaporkan bahawa, berbanding pada bulan April 2019, KDNK turun sebanyak 24.5%.

Sebuah laporan juga mendedahkan bahawa pengeluaran industri susut sebanyak 20.3% pada bulan April, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan yang mendadak dalam industri pembuatan, di mana angka itu turun dengan segera sebanyak 25% kerana penggantungan sementara semua syarikat dan perusahaan. Sektor perkhidmatan juga menderita paling ketara dan jatuh sebanyak 19%.

Pasangan mata wang GBP / USD dan EUR / USD: Gelombang baru penurunan pound. Tinjauan ekonomi yang cerah menyokong dolar AS

Oleh kerana petunjuk aktiviti untuk bulan Mei belum diperhatikan, sedikit sukar untuk bergantung pada pemulihan ekonomi yang kuat dan pesat. Di samping itu, ia baru sahaja di pertengahan bulan Jun di mana pelbagai sektor ekonomi mulai dibuka di UK, ekoran daripada penangguhan seketika kerana sekatan jarak sosial. Faktor-faktor tersebut menguatkan idea bahawa KDNK UK akan menunjukkan pemulihan yang lebih ketara pada suku ke-3 dalam tahun 2020, tetapi seperti yang telah dinyatakan di atas, angka tidak mungkin kembali ke saiz ukuran sebelum krisis pada tahun 2023. Selain itu, sekiranya gelombang kedua pandemik berlaku, langkah-langkah kuarantin akan diperkenalkan kembali, yang akan meningkatkan waktu yang diperlukan untuk kembali ke fungsi normal ekonomi.

Pasangan mata wang GBP / USD dan EUR / USD: Gelombang baru penurunan pound. Tinjauan ekonomi yang cerah menyokong dolar AS

Sementara itu, hubungan perdagangan antara UK dan EU masih belum diselesaikan. Kecelaruan dari pasaran biasa mungkin masih berlaku, jadi pada separuh kedua bulan ini, Perdana Menteri Britain Boris Johnson diharapkan dapat mengadakan perbincangan mengenai topik ini bersama dengan para pemimpin EU. Dalam hal ini, sekiranya kesepakatan masih belum dicapai, kemungkinan setelah lonjakan pertumbuhan ekonomi pada suku ke-3 2020, negara ini akan kembali ke kemelesetan pada awal tahun 2021.

Oleh demikian, persidangan video akan diadakan hari ini antara Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen untuk membincangkan mengenai kemungkinan terma perjanjian perdagangan, tetapi kesepakatan tidak mungkin dicapai untuk sejumlah isu penting. Contohnya ialah ketidaksetujuan kabinet menteri Britain dalam lanjutan tempoh peralihan Brexit, yang akan berakhir pada 31 Disember.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang GBP / USD, pergerakan harga berada dalam tahap sokongan 1.2455 akan bergantung pada pengembangan rundingan perdagangan antara UK dan EU. Penembusan dari tahap dengan cepat akan mendorong instrumen perdagangan ke tahap terendah di kawasan 1.22370 dan 1.2290, sementara pertumbuhan pound akan dihentikan oleh kawasan rintangan 1.2630, atau rintangan yang lebih besar di kawasan 1.2750.

Pasangan mata wang EUR / USD

Data yang diterbitkan pada hari Jumaat lalu menunjukkan bahawa pengeluaran industri turun sedikit pada bulan April tahun ini, lebih rendah daripada yang dijangkakan oleh para ahli ekonomi. Menurut laporan itu, pengeluaran perindustrian di zon Eropah turun sebanyak 17.1% pada bulan April, dan kemungkinan besar adalah angka terendah yang boleh turun, setelah itu pemulihan dijangka bermula setelah wabak coronavirus telah berkurangan. Oleh kerana sekatan kuarantin telah dihapuskan pada bulan Mei dan Jun tahun ini, pengeluaran perindustrian kini kembali pulih. Namun, lonjakan pemulihan berbentuk V yang pantas tidak boleh dijangkakan, berikutan daripada risiko gelombang pandemik kedua masih cukup tinggi dan langkah jarak sosial akan tetap berada pada tahap yang cukup tinggi. Di samping itu, permintaan domestik masih berada pada tahap yang agak rendah.

Pasangan mata wang GBP / USD dan EUR / USD: Gelombang baru penurunan pound. Tinjauan ekonomi yang cerah menyokong dolar AS

Dolar AS meneruskan kenaikannya berbanding aset berisiko sejurus selepas pengeluaran penilaian Amerika terhadap keadaan ekonomi AS pada awal bulan Jun tahun ini. Menurut data, tinjauan ekonomi Amerika telah meningkat dengan pesat, terutama disebabkan oleh kembalinya operasi bagi sejumlah perusahaan, dan juga pada pemulihan pasaran tenaga kerja. Di samping itu, University of Michigan melaporkan bahawa indeks sentimen pengguna selama dua minggu pada bulan Jun meningkat kepada 78.9 mata daripada 72.3 mata pada bulan Mei tahun ini. Ahli ekonomi menjangkakan indeks hanya mencapai 75.0 mata. Indeks keadaan semasa juga meningkat kepada 87.8, dan indeks jangkaan meningkat kepada 73.1.

Dalam catatan lain, ucapan oleh jurucakap Fed, Tom Barkin pada akhir minggu tidak banyak mempengaruhi pasaran. Pada dasarnya, Barkin mengatakan hal yang sama dengan rakan sekerjanya, yang mendakwa bahawa krisis paling banyak menjejaskan pekerja dengan gaji rendah, dan tidak semua pekerjaan akan dipulihkan setelah krisis. Oleh demikian, warga Amerika berpendapatan rendah memerlukan pertolongan. Barkin juga menarik perhatian pada kenyataan bahawa sekiranya tiada gelombang kedua virus ini adalah mungkin untuk membicarakan ekonomi yang bergerak di sepanjang laluan yang betul dan positif, tetapi tidak mungkin untuk cepat kembali ke situasi sebelum -krisis, kerana akibat dari pertumbuhan hutang awam dan pengurangan KDNK tidak dapat diabaikan.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EUR / USD, mood penurunan harga akan kekal di euro, tetapi aliran menurun perlu mengawal tahap sokongan 1.1190, kerana hanya penembusan dari mana yang akan mengembangkan arah aliran baru dalam perdagangan instrumen, di mana akan membawa kepada kemas kini rendah di kawasan 1.1110 dan 1.1040. Sekiranya kenaikkan harga berjaya memimpin keadaan, pembetulan ke kawasan rintangan 1.1320 akan berlaku, penembusan dari mana akan mengembalikan harga ke paras tertinggi minggu lalu di kawasan 1.1400.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...