Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian EMAS

parent
Analisis Forex:::2013-01-09T08:01:07

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian EMAS

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian EMAS

Emas sedang menghampiri tahap rintangan pertengahan pada saluran penurunan harga sederhana panjang 1.669. Ia seolah-olah kelihatan bahawa pergerakkan menurun telah bermula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan mencapai had atas saluran di tahap 1.712.

Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakkan pantas.

Emas sedang menguji tahap rintangan pertengahan saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.669 dengan objektif 1 pada tahap 1.659 dan kemudian di tahap 1.657. Penembusan pada tahap 1.672 ini akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "buy stop" yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.669 dengan objektif 1 pada tahap 1.679 dan kemudian pada tahap 1.682. Penembusan di tahap 1.666 akan membatalkan senario ini.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...