
<p style="text-align:justify;Arial" ,"sans-serif";"=""> Kadar spot sedang menghampiri had atas saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 114.80 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan memulakan saluran kenaikkan harga yang pantas.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat jual dan selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan sebagaimana hasil daripada penurunan yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam jangka pendek.
Kadar spot sedang menguji had atas julat dagangan, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 114.80 dengan objektif 1 pada tahap 114.20 dan kemudian di tahap 114.00. Penembusan di tahap 115.00 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "Buy stop" yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 114.80 dengan objektif 1 pada tahap 115.40 dan kemudian di tahap 115.60. Penembusan di tahap 114.60 akan membatalkan senario ini.