Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pertumbuhan pasangan mata wang USD/CHF kelihatan samar

parent
Analisis Forex:::2021-12-16T08:34:35

Pertumbuhan pasangan mata wang USD/CHF kelihatan samar

Pasangan mata wang USD/CHF meningkat sebanyak 0.9294 sewaktu sesi dagangan semalam di mana ia telah menemui rintangan. Kini, ia didagangkan dalam aliran menurun pada tahap 0.9240, ia boleh jatuh lebih rendah jika Indeks Dolar meneruskan penurunan. Sebaliknya, pertumbuhan DXY boleh mendorong pasangan mata wang USD/CHF bergerak lebih tinggi kerana kami mempunyai korelasi positif antara pasangan USD/CHF dan indeks dolar.

Anda perlu berhati-hati hari ini kerana fundamental akan memacu harga. SNB dijangka mengekalkan dasar monetarinya dalam mesyuarat hari ini. Ini dilihat sebagai peristiwa berimpak tinggi, jadi volatiliti pasaran akan menjadi tinggi. Pasangan mata wnag USD/CHF cenderung untuk mula meningkat semula jika AS akan melaporkan data yang lebih baik daripada jangkaan lewat hari ini.

Tuntutan Pengangguran AS dijangka pada 196K pada minggu sebelumnya, Pengeluaran Perindustrian mungkin melaporkan pertumbuhan 0.6%, manakala Kadar Penggunaan Kapasiti boleh melonjak daripada 76.4% kepada 76.9%. Di samping itu, PMI Pembuatan Awal berkemungkinan meningkat daripada 58.3 kepada 58.6 sekaligus menandakan pengembangan selanjutnya, manakala PMI Perkhidmatan Awal dijangka pada 58.9 di atas 58.0 dalam tempoh pelaporan sebelumnya yang mungkin baik untuk USD.

Julat Lanjutan Pasangan Mata Wang USD/CHF!

Pertumbuhan pasangan mata wang USD/CHF kelihatan samar

Pasangan mata wang USD/CHF mencatatkan penembusan harga palsu dengan pemisahan yang hebat di atas rintangan statik 0.9272 yang gagal menghampiri dan mencapai Median Line (ML) pitchfork menaik. Ia terperangkap antara tahap 0.9272 dan 0.9157. Hanya penembusan harga yang sah daripada julat ini boleh memberikan kita arah yang jelas. Ia adalah penembusan harga palsu yang boleh mengumumkan potensi penurunan sekurang-kurangnya ke Lower Median Line (LML) pitchfork menaik yang kekal berperanan sebagai sokongan dinamik.

Penembusan harga yang sah di bawah Lower Median Line (LML) boleh mengumumkan potensi penurunan ke arah tahap sokongan statik 0.9157.

Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang USD/CHF!

Kita masih berpeluang untuk melihat apakah yang sebenarnya akan berlaku jika kadar mencapai Lower Median Line (LML) pitchfork menaik dan tahap pivot mingguan 0.9212. Pergerakan menaik boleh disahkan hanya dengan penembusan harga yang sah di atas 0.9272. Selagi ia kekal diniagakan di atas Lower Median Line (LML), pasangan mata wang USD/CHF masih boleh berkembang. Corak kenaikan harga di sekitar Lower Median Line (LML) pitchfork menaik boleh membawa peluang untuk kemasukan pesanan membeli baharu.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...