Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Keadaan semasa di pasaran mata wang akan berterusan untuk beberapa ketika

parent
Analisis Forex:::2020-11-18T09:58:28

Keadaan semasa di pasaran mata wang akan berterusan untuk beberapa ketika

Pasaran akhirnya mulai memperhatikan bukan hanya impak COVID-19 pada masyarakat dan ekonomi, peristiwa di sekitar pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), dan kejayaan vaksin terhadap COVID-19, tetapi juga data ekonomi yang dikeluarkan, yang umumnya tidak mencatatkan bacaan yang terlalu positif.

Sekiranya sebelum pilihan raya Presiden AS, para pelabur secara aktif mula membina semula portfolio pelaburan mereka dengan menyingkirkan saham syarikat permintaan tinggi, terutama di sektor perindustrian, yang menyebabkan pertumbuhan yang kuat (iaitu dalam indeks Dow di Amerika), maka sekarang, proses ini hanya bertambah kuat setelah mendapat berita mengenai keberkesanan vaksin Pfizer dan BioNTech. Dengan berlatar belakangkan maklumat ini, Dolar AS kini berada di bawah tekanan, bersama-sama dengan mata wang 'safe-haven' lain seperti yen dan franc.

Hari ini, perhatian pasaran sedikit berkurangan dan mengalihkan tumpuan mereka kepada data penjualan runcit AS dan jumlahnya yang diterbitkan semalam. Angka itu ternyata mengecewakan. Indeks jualan runcit pada bulan Oktober menurun berbanding bacaam semakan semula pada September yang turun dari 1.2% kepada 0.2%, dengan nilai yang dijangkakan 0.6%.

Di samping itu, jumlah indeks harga eksport dan import merekodkan bacaan yang lebih buruk. Nilai import dari segi bulanan biasanya mencatatkan bacaan negatif. Dari segi penjualan runcit, ia juga menurun dari nilai September yang disemak turun dari 1.6% kepada 0.3%. Indikator tersebut menunjukkan pertumbuhan sebanyak 0.5%.

Walaupun begitu, data pengeluaran industri mencatatkan bacaan yang optimis, meningkat 1.1% berbanding penurunan pada bulan September sebanyak 0.4%, dan pertumbuhan yang diharapkan adalah 1.0%. Tetapi ini tidak mencukupi. Pasaran saham bertindak balas terhadap berita ini, walaupun tidak kuat, tetapi dengan penurunan. Walau bagaimanapun, Dolar AS secara praktikalnya tidak berubah berbanding mata wang utama kecuali euro, yang berkembang berdasarkan janji ECB untuk menggunakan semua langkah untuk menyokong ekonomi rantau ini. Pada masa yang sama, pasangan mata wang EUR/USD secara tradisinya mendapat sokongan terhadap optimisme pasaran saham yang berterusan.

Secara umumnya, peristiwa semalam menunjukkan bahawa suasana pasaran belum banyak mengubah kebanyakan faktor yang menimbulkan ketidakpastian, yang merupakan hasil pilihan raya presiden AS, waktu yang tidak jelas mengenai permulaan pengeluaran vaksin terhadap COVID-19, dan seterusnya. Oleh itu, keadaan semasa berkemungkinan besar akan berlanjutan dengan latar belakang turun naik yang tinggi.

Ramalan perdagangan hari ini:

Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan di bawah tahap 104.00. Pengukuhan harga di bawah tahap ini yang akan menyebabkan penurunan yang seterusnya ke tahap 103.35.

Pasangan mata wang EUR/USD masih mendapat sokongan dan cenderung untuk meningkat ke tahap 1.1900. Kegagalan pasangan mata wang EUR/USD untuk menembusi tahap ini akan memungkinan harga membuat pembalikan dan penurunan ke tahap 1.1835.

Keadaan semasa di pasaran mata wang akan berterusan untuk beberapa ketika

Keadaan semasa di pasaran mata wang akan berterusan untuk beberapa ketika

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...