Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 18/11/2020

parent
Analisis Forex:::2020-11-18T10:07:29

Cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 18/11/2020

Cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 18/11/2020

Euro berjaya mengekalkan kadar kenaikkan sebelumnya semalam. Hasilnya, sebut harga berjaya melonjak di atas tahap 1.1875. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti yang rendah di pasaran dalam beberapa hari terakhir dan statistik yang diterbitkan semasa sesi dagangan Amerika Syarikat gagal untuk membantu keadaan pasaran dengan volatiliti.

Apakah yang diterbitkan dalam kalendar ekonomi?

Tiada statistik dari Eropah, tetapi untuk Amerika Syarikat, jumlah penjualan runcit diterbitkan, di mana nilai terakhir telah disemak semula untuk pertumbuhan - dari 5.4% hingga 5.9%. Dan walaupun data semasa disahkan pada 5.7%, ini merupakan bukan suatu yang buruk dalam keadaan semasa.

Ini diikuti oleh data AS mengenai jumlah pengeluaran industri, di mana angka sebelumnya disemak semula menjadi lebih baik - dari -7.3% hingga -6.7%, dan jumlah pengeluaran perindustrian semasa memberikan gambaran perlambatan yang lebih ketara dengan penurunan menjadi - 5.3%.

Hasil daripada data statistik positif, dolar AS berjaya mengembalikan kedudukannya berbanding euro, dengan mengembalikan sebut harga di bawah tahap 1.1875.

Cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 18/11/2020

Apakah yang berlaku pada carta perdagangan?

Sebut harga pada awalnya menunjukkan pertumbuhan yang aktif, hanya pada jangka masa separuh pertama sesi Eropah, yang menyebabkan pengukuhan harga di atas tahap 1.1875. Sisihan maksimum adalah 1.1893, di mana kita boleh memperoleh keuntungan 18 mata, jika kita masuk dari tahap 1.1875. Semasa penerbitan statistik AS, harga dolar mula menguat, yang menyebabkan pembalikan dengan sisihan maksimum 1.1857. Pada keesokan harinya, harga kembali ke tahap 1.1875.

Sama seperti mata wang di Eropah, pound juga cenderung menaik semalam, yang mengakibatkan penembusan kawasan rintangan 1.3225/1.3235. Terdapat aktiviti rendah untuk pasangan mata wang GBP/USD selama tempoh tiga hari perdagangan berturut-turut (volatiliti harian di bawah 100 mata).

Dari segi kalendar ekonomi, UK tidak menerbitkan statistik. Oleh demikian, kita hanya perlu memperhatikan statistik yang diterbitkan dari Amerika Syarikat.

Jumlah jualan runcit Jumlah pengeluaran industri

Di atas telah disebutkan bahawa data AS diterbitkan dengan cukup baik, sehingga dolar berjaya mengukuh sedikit berbanding pound.Cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 18/11/2020

Dengan mempertimbangkan kalendar ekonomi, data akhir mengenai inflasi Eropah akan diterbitkan pada hari ini, yang seharusnya mengesahkan fakta bahawa kadar penurunan tetap berada pada tahap -0.3%. Selain itu, perlu diperhatikan bahawa anggaran awal telah memberikan gambaran penurunan inflasi dan faktor ini dapat dipertimbangkan dalam sebut harga.

Tidak akan ada statistik yang dijangkakan untuk Amerika Syarikat.

EU 10:00 Waktu Universal - Data inflasi

Dari segi analisis teknikal, anda dapat melihat bahawa harga masih berada pada gelombang kenaikan pembeli, di mana harga tinggi semalam kemungkinan akan dikemas kini pada tahap 1.1893, jika harganya kekal berada di atas tahap 1.1875. Ini akan disusuli oleh pergerakan menuju tahap 1.1920.

Senario alternatif pengembangan pasaran akan dipertimbangkan jika harga mengukuh di bawah tahap 1.1850, yang dapat menyebabkan penurunan menuju julat 1.1810-1.1800.

Cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 18/11/2020

Selain latar belakang berita, data inflasi di Britain telah pun diterbitkan, di mana ia meningkat dari 0.5% kepada 0.7%, dengan pertumbuhan yang diramalkan sebanyak 0.6%. Perbezaan jangkaan menguntungkan pound dari segi pengukuhan tempatan.

Dari sudut analisis teknikal, perlu diperhatikan bahawa harga masih berada di atas kawasan rintangan 1.3225/1.3235, yang bermaksud bahawa pembeli masih berpeluang untuk terus meningkat ke tahap 1.3300.

Senario alternatif pengembangan pasaran akan dipertimbangkan sekiranya harga kembali di bawah tahap 1.3225.

Cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 18/11/2020

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...