_source!.png)
Emas sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.635 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan emas untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.645.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan oleh pengukuhan harga pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh masa yang singkat.
Sebagaimana emas sedang menguji rintangan pertengahan saluran, kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.635 dengan objektif 1 pada tahap 1.625 dan kemudian pada tahap 1.623. Penembusan pada tahap 1.638 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami mencadangkan agar "buy stop" yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada 1.635 dengan objektif 1 pada tahap 1.645 dan kemudian pada tahap 1.648. Penembusan pada tahap 1.632 akan membatalkan senario ini.