
Kadar spot sedang menghampiri had lebih rendah pada saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 122.70 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan memulakan saluran penurunan harga yang lebih pantas.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas tetapi selagi tahap sokongan masih belum ditembusi andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan oleh pengukuhan harga pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh masa yang singkat.
Sebagai Kadar spot sedang menguji had lebih rendah pada saluran, kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan beli pada tahap 122.70 dengan objektif 1 pada tahap 123.30 dan kemudian pada tahap 123.50. Penembusan pada tahap 122.50 akan membatalkan senario ini. Senario kedua adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami mencadangkan agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah meenmbusi tahap sokongan pada 122.70 dengan objektif 1 pada tahap 122.10 dan kemudian pada tahap 121.90. Penembusan pada tahap 122.90 akan membatalkan senario ini.