Pasangan mata wang EUR/USD telah menunjukkan dinamika mendatar selama dua bulan berturut-turut, berdagang dalam julat yang dihadkan oleh tahap sokongan 1.1285 dan 1.1235 dan tahap rintangan 1.1370. Nada utama dalam dinamika pasangan mata wang ini telah ditetapkan oleh dolar AS. Oleh yang demikian, melihat pada carta indeks dolar DXY, dapat diperhatikan bahawa dinamikanya adalah serupa dengan dinamika pasangan mata wang EUR/USD dalam kebanyakan cara. Ini adalah tidak menghairankan, kerana lebih 55% daripada kumpulan 6 mata wang utama indeks dolar DXY dikuasai oleh euro.
Statistik makro zon Eropah yang telah diterbitkan semalam gagal memberikan sebarang sokongan ketara kepada euro – data pengangguran di sini merosot sebanyak 0.1%, mencatatkan bacaan pada 7.2% pada November, dan indikator keyakinan pelabur Sentix pada Januari meningkat daripada 13.5 kepada 14.9. Tetapi volatiliti bagi pasangan mata wang EUR/USD semalam hampir 75 mata (dalam sebut harga 4 digit) dan hampir sama seperti Jumaat lepas apabila data bulanan utama daripada pasaran buruh AS diterbitkan untuk Fed. Dolar AS jatuh mendadak pada akhir minggu lepas, kerana lapoaran Bukan Perladangan (NFP) mencatatkan bacaan yang tidak memenuhi jangkaan pasaran dan jauh di bawah ramalan. Seperti yang telah diketahui, bilangan pekerjaan baharu yang diwujudkan di luar sektor perladangan berjumlah 199,000 pada bulan Disember, berbanding jangkaan yang mengunjurkan peningkatan sebanyak +400,000.
Namun begitu, data lain daripada laporan Kementerian Buruh ternyata sangat positif. Kadar pengangguran jatuh ke paras rendah pandemik baharu, iaitu kepada 3.9% pada Disember daripada 4.2% pada November. Pada masa yang sama, purata gaji setiap jam meningkat sebanyak 0.6% dengan ramalan sebanyak +0.4%. Pertumbuhan gaji rakyat Amerika ialah +4.7% pada asas tahunan. Data menunjukkan kekurangan pekerja, dan untuk mengekalkan mereka, majikan lebih bersedia untuk meningkatkan gaji mereka, yang membawa kepada pecutan inflasi.
Sebagaimana peraturan, pecutan pertumbuhan inflasi yang berlebihan membawa kepada pengetatan dasar monetari bank pusat negara. Menurut Pengerusi Fed Jerome Powell, kenaikan inflasi AS bukan lagi bersifat sementara. Pada masa yang sama, ia menunjukkan bahawa keadaan dalam pasaran buruh AS terus bertambah baik. Sekiranya bilangan pekerjaan dalam ekonomi AS masih kurang daripada 3.6 juta pekerjaan berbanding sebelum wabak, maka bilangan permohonan awal untuk faedah pengangguran di AS kekal pada kadar yang paling rendah dalam beberapa dekad, iaitu kira-kira 200 ribu.
Pada masa yang sama, walaupun terdapat peningkatan dalam kes coronavirus dan kadar inflasi yang tinggi, sentimen pengguna di AS secara umumnya kekal positif. Indeks sentimen pengguna akhir pada bulan Disember berjumlah 70.6, iaitu lebih tinggi daripada nilai bacaan awal 70.4 dan nilai bacaan November pada 67.4.
Dan berdasarkan kepada laporan Biro Analisis Ekonomi AS, yang diterbitkan pada akhir Disember, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku ke-3 2021 meningkat sebanyak 2.3%, iaitu 0.2% lebih baik daripada anggaran awal sebelumnya.
Pelabur kekal yakin dalam pasaran bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya tiga kali pada tahun ini dan akan mendahului bank-bank utama lain di dunia dalam proses ini. Ini terus menjadi salah satu pemacu utama pengukuhan dolar AS berbanding pesaing utamanya dalam pasaran mata wang, termasuk berbanding euro.
Melihat kepada perkara ini, penurunan selanjutnya pada pasangan mata wang EUR/USD sepatutnya diramalkan, dan penembusan harga pada tahap sokongan 1.1285 akan menjadi isyarat untuk ini. Pada masa yang sama, penembusan sempadan bawah julat pada tahap 1.1235 akan mengesahkan kemasukan pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD.
Untuk senario alternatif, pasangan mata wang EUR/USD akan menembusi had atas julat dan tahap rintangan 1.1370 (Moving Averages 50 pada carta harian juga melepasi tahap ini), dan pembetulan menaik akan diteruskan ke arah zon tahap rintangan kuat 1.1560, 1.1600 (EMA200 pada carta mingguan), dan 1.1620 (EMA200 pada carta harian). Penembusan harga pada tahap rintangan jangka panjang 1.1760 (EMA200 pada carta bulanan) akan mengembalikan pasangan mata wang EUR/USD berdagang ke zon pasaran menaik jangka panjang.
Sementara itu, pesanan menjual kekal diutamakan. Isyarat pertama untuk penjualan jangka pendek (sehingga pasangan mata wang EUR/USD menembusi julat di atas) akan menjadi penembusan harga pada tahap sokongan jangka pendek utama 1.1333.
Sekarang, mari kita kembali kepada laporan statistik makro di zon Eropah yang dijadualkan sangat sedikit pada minggu ini. Pada masa yang sama, walaupun seseorang itu harus mengikuti ucapan Presiden ECB Christine Lagarde (hari ini pada jam 10:20 GMT dan Jumaat pada jam 13:15 GMT), kemungkinan ucapannya hanya akan memberi kesan kecil pada dinamika euro dan pasangan mata wang EUR/USD. Terdapat kemungkinan bahawa beliau akan mengesahkan kecenderungan kepimpinan ECB untuk terus menjalankan dasar monetari yang lembut.
Sebaliknya, ucapan Jerome Powell yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini (jam 15:00 GMT) berkemungkinan besar akan menggegarkan pasaran sekali lagi jika beliau menyatakan tentang dasar monetari Fed dan membuat kenyataan yang tidak dijangka. Peserta pasaran sedang menunggu isyarat tambahan daripadanya berhubung rancangan Fed untuk tahun ini.
Tahap sokongan: 1.1333, 1.1318, 1.1300, 1.1285, 1.1235, 1.1200, 1.1170, 1.1100, 1.0900, 1.0800, 1.0700
Tahap rintangan: 1.1370, 1.1500, 1.1560, 1.1600, 1.1620, 1.1670, 1.1700
Senario dagangan:
Sell Stop 1.1330. Stop-Loss 1.1380. Take-Profit 1.1318, 1.1300, 1.1285, 1.1235, 1.1200, 1.1170, 1.1100, 1.0900, 1.0800, 1.0700
Buy Stop 1.1380. Stop-Loss 1.1330. Take-Profit 1.1500, 1.1560, 1.1600, 1.1620, 1.1670, 1.1700