Analisis urus niaga pasangan mata wang EUR/USD
Ujian harga pada tahap 0.9859 telah berlaku sewaktu garis MACD berada jauh di bawah sifar, yang mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang EUR/USD. Beberapa ketika kemudian, ujian harga yang lain berlaku, tetapi kali ini garis MACD keluar dari kawasan 'oversold', yang merupakan alasan yang baik untuk pedagang membuka pesanan membeli. Ini membawa kepada kenaikan harga kira-kira 15 pip. Pesanan menjual pada tahap 0.9859 tidak membawa banyak keuntungan.
Data IFO mengenai jangkaan perniagaan, situasi semasa dan iklim perniagaan adalah bertepatan dengan ramalan, manakala indeks keyakinan pengguna AS jatuh dengan mendadak. Ini membawa kepada penjualan dolar yang kuat dan oleh itu, kenaikan pasangan mata wang EUR/USD.
Hari ini, laporan mengenai agregat M3 bagi bekalan wang di zon Eropah dan jumlah pinjaman sektor swasta dijadualkan akan dikeluarkan, tetapi ia kurang menarik minat pasaran. Oleh itu, perhatian akan tertumpu kepada data AS pada sebelah petang, terutamanya pada imbangan dagangan asing dan jumlah jualan rumah di pasaran utama, di mana pengurangan yang agak serius dijangkakan. Ia akan menjadi satu lagi tanda kemelesetan dalam ekonomi AS, yang akan membawa kepada satu lagi penjualan dalam dolar dan peningkatan selera risiko.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.0001 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0040. Pertumbuhan harga akan berlaku jika laporan statistik di AS mencatatkan bacaan yang lebih rendah berbanding ramalan.
Sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 0.9949, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0001 dan 1.0041.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 0.9949 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 0.9902. Tekanan akan meningkat jika laporan statistik ekonomi di zon Eropah ternyata lebih lemah berbanding ramalan.
Sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.0001, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 0.9949 dan 0.9902
Apa yang terdapat pada carta:
Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.