Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD
Ujian harga 1.1304 berlaku apabila garis MACD berada jauh di atas sifar, yang mengehadkan potensi menaik bagi pasangan mata wang ini. Tiada isyarat lain muncul sepanjang hari semalam.
Pound meningkat pada hari Selasa selepas Amerika Syarikat (AS) melaporkan keyakinan pengguna yang lebih lemah, yang merupakan indikator untuk penguncupan ekonomi AS pada masa hadapan. Penurunan dalam indeks berkemungkinan menjejaskan jualan runcit, serta keyakinan umum rakyat Amerika pada masa depan mereka.
Hari ini, tiada laporan statistik dijadualkan akan dikeluarkan untuk UK, oleh yang demikian, pasaran akan kekal menaik dan pound berpotensi untuk mencapai tahap tinggi bulanan baharu. Tetapi yang lebih penting ialah data AS yang akan dikeluarkan pada sebelah petang, terutamanya laporna mengenai imbangan dagangan asing dan jumlah jualan rumah di pasaran utama, di mana pengurangan yang agak serius dijangkakan. Itu boleh menjadi satu lagi tanda kemelesetan dalam ekonomi AS, yang akan membawa kepada satu lagi penjualan dalam dolar dan peningkatan selera risiko.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.1487 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1553 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga mungkin akan berlaku mengikut trend yang baru dibentuk. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya.
Pound juga boleh dibeli pada 1.1439, bagaimanapun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.1487 dan 1.1553.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.1439 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1371. Tekanan akan kembali jika laporan statistik untuk AS merekodkan bacaan melebihi jangkaan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.
Pound juga boleh dijual pada tahap 1.1487, namun, garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.1439 dan 1.1371.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.