Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 8 November? Cadangan mudah untuk pedagang baru.

parent
Analisis Forex:::2022-11-08T01:01:19

Bagaimana untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 8 November? Cadangan mudah untuk pedagang baru.

Analisis tawaran dagangan Isnin:

Carta M30 bagi pasangan EUR/USD

Bagaimana untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 8 November? Cadangan mudah untuk pedagang baru.

Pasangan mata wang EUR/USD secara terus didagangkan dengan kecondongan menaik pada hari Isnin. Kami telah menyatakan dalam artikel sebelum ini bahawa kami tidak menganggap pertumbuhan euro pada hari Jumaat sebagai logik. Bagaimanapun, pasaran memutuskan sebaliknya, jadi pada hari Isnin, dengan kalendar berita yang kosong, kami menyaksikan kenaikan euro.Ia tidak terlalu kuat, tetapi ia mempunyai tujuan. Memandangkan tiada acara penting pada hari Isnin, pasaran boleh berdagang hanya berdasarkan latar belakang asas dan makroekonomi pada akhir minggu lepas. Atau pada teknik "bare". Kami bersandar pada pilihan pertama dan menarik perhatian anda kepada fakta bahawa pergerakan pada carta masa yang lebih tinggi (4 jam, contohnya) kini hampir sama dengan "ayunan" dengan cerun menaik sedikit. Kami percaya bahawa ini adalah tanda ketidakpastian kenaikan harga, yang masih tidak faham mengapa mereka perlu membeli euro? Terdapat sebab-sebab tertentu, sudah tentu, tetapi mereka kini kelihatan dan kedengaran tidak sepenuhnya meyakinkan. Sebagai contoh, kadar Bank Pusat Eropah mungkin mula mengejar kadar Rizab Persekutuan dalam beberapa bulan akan datang dan jurang antara mereka akan mengecil. Tiada garis arah aliran atau saluran pada carta masa 30 minit sekarang, oleh itu tiada rujukan arah aliran.

Carta M5 pasangan EUR/USD

Bagaimana untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 8 November? Cadangan mudah untuk pedagang baru.

Terdapat sedikit isyarat dagangan pada carta masa 5 minit hari ini, dan pergerakan itu bukanlah yang terbaik. Secara keseluruhannya, pada siang hari kami melihat hanya satu pergerakan menaik di tengah-tengah sesi Eropah. Selepas itu, harga bergerak kebanyakannya ke arah mendatar. Ia tidak mungkin untuk melepasi permulaan pergerakan, jadi kami terpaksa berpuas hati dengan dua isyarat beli yang tidak begitu memberangsangkan. Kedua-duanya terbentuk berhampiran tahap 0.9977, yang, mana berikutan keputusan Isnin, telah diubah menjadi tahap 0.9967. Pertama, pasangan itu mengatasi 0.9977 dan naik 18 mata, dan kemudian melantun darinya dan naik semula sebanyak 18 mata. Oleh demikian, dalam kedua-dua kes, pedagang baru boleh menetapkan Henti Rugi (SL) kepada pulang modal (Breakeven). Pada yang kedua, anda juga boleh mendapat beberapa mata keuntungan, kerana ia perlu ditutup secara manual pada lewat petang, tetapi ini jelas bukan tahap keuntungan yang anda jangkakan apabila memasuki pasaran.

Bagaimanakah untuk berdagang hari Selasa:

Pasangan itu secara terus meningkat pada carta masa 30 minit, tetapi terdapat perasaan bahawa ia tidak akan bertahan lama. Tiada trend yang ketara sekarang, dan pada carta masa yang lebih tinggi semuanya kelihatan seolah-olah pasangan itu berhasrat untuk pergi ke "ayunan" atau ke dalam mendatar. Kami masih tidak nampak bagaimana euro boleh menunjukkan pertumbuhan dalam jangka sederhana. Bukan atas dasar "teknik", mahupun atas dasar "asas", ataupun atas dasar makroekonomi dengan geopolitik. Pada TF 5 minit pada hari Selasa , adalah disarankan untuk berdagang pada tahap 0.9709, 0.9756, 0.9807, 0.9895, 0.9967, 1.0020-1.0034, 1.0093, 1.0123, 1.0156 Apabila melepasi 15 mata ke arah yang betul, anda harus menetapkan Henti Rugi (SL) kepada pulang modal (Breakeven). Kesatuan Eropah akan menerbitkan laporan mengenai jualan runcit, tetapi tiada sebarnag senario di AS. Kami tidak percaya bahawa laporan ini akan menjejaskan pergerakan pasangan mata wang euro/dolar, tetapi reaksi kecil mungkin masih berlaku.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih kedudukan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Ambil Untung (TP) atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya dari tahap ini harus diabaikan.

3) Dalam senario mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Kedudukan dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi Eropah dan sehingga pertengahan sesi AS, apabila semua kedudukan mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada penunjuk MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan penunjuk ini dalam kombinasi dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh demikian, semasa penerbitan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru di Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...