Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 4 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-08-04T04:08:59

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 4 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Khamis:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 4 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD berdagang dengan volatiliti rendah pada Khamis, dengan pergerakan hanya 50 mata. Terdapat beberapa laporan sekunder, satu laporan penting, dan juga mesyuarat Bank of England (BoE), yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi euro. Namun, apa yang kami lihat hanyalah pergerakan 50 mata. Euro cuba memulakan pembetulan kenaikan harga, tetapi pergerakan 50 mata tidak boleh dianggap sebagai pembetulan atau lantunan harga. PMI di Kesatuan Eropah tidak boleh dianggap penting kerana ia adalah anggaran kedua untuk Julai. Indeks Aktiviti Perniagaan ISM dalam sektor perkhidmatan AS jatuh dalam julat ramalan dan kekal di atas paras 50.0.

Oleh itu, aliran menurun berterusan, dan kita boleh menjangkakan pasangan mata wang EUR/USD ini akan jatuh lebih rendah. Satu hari lagi untuk latar belakang makroekonomi mempengaruhi sentimen pasaran dengan kuat, tetapi secara keseluruhan, kami kecewa dengan pergerakan pasangan mata wang ini. Memandangkan kekuatan dan kepentingan laporan sepanjang empat hari lalu, pergerakan harga pada hari ini mungkin akan menjadi lebih ketara.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 4 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

Tiada corak ketara yang telah terbentuk pada carta 5 minit. Sememangnya, isu itu berkaitan dengan volatiliti pasaran yang rendah. Walau bagaimanapun, jika anda melihat bagaimana pasangan mata wang ini bergerak sepanjang hari, walaupun ia meliputi julat hanya 50 pip daripada tahap rendah ke tahap tinggi, ia sentiasa ditarik semula dan menjejaki semula, tanpa arah yang jelas. Oleh itu, jika terdapat mana-mana tahap penting dalam laluan pasangan mata wang ini, mungkin akan terdapat banyak isyarat palsu.

Tip dagangan pada Jumaat:

Pada carta 30 Minit, pasangan mata wang ini diihat melanjutkan pergerakan menurun, yang agak logik dan wajar dalam pengertian tempatan dan dalam konteks global. Pada masa ini, euro sedang menyingkirkan keadaan terlebih beli (overbought), dan pasaran meragui kenaikan kadar faedah berterusan Bank Pusat Eropah. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.0835, 1.0871, 1.0901-1.0904, 1.0971-1.0977, 1.1038, 1.1091, 1.1132-1.1145, 1.1184, 1.1241, 1.1279-1.1292. Pesanan Stop loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal sebaik sahaja harga bergerak 15 pip ke arah yang betul. Pada Jumaat, EU dijadualkan akan menerbitkan laporan mengenai jualan runcit, dan AS akan mengeluarkan laporan penting mengenai pengangguran dan Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP). Kami menjangkakan volatiliti pasaran yang kuat dan pergerakan arah aliran sekali lagi, tetapi pada minggu ini, pasangan mata wang ini telah menunjukkan keinginan yang agak lemah untuk bergerak secara aktif.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...