Emas telah melantun semula daripada tahap yang lebih rendah dan mengekalkan tahap rendah 6 bulan. Harga telah terperangkap pada tahap rintangan yang kuat pada harga $ 1,255. Penamatan program rangsangan pada bulan ini adalah merupakan masalah besar bagi perdagangan emas untuk beberapa bulan yang akan datang. Harga emas telah kembali berdagang dalam aliran penurunan harga. Data terkini di dalam pasaran telah menyumbang kepada pemulihan yang kukuh terhadap ekonomi AS serta pertumbuhan global. Mata wang dolar melonjak ke tahap yang lebih tinggi setelah bank dunia meramalkan peningkatan dalam pertumbuhan global.
Berdasarkan pada carta harian, pengayun menunjukkan isyarat menjual. Harga kini sedang mengukuh di atas EMA21 pada tahap harga $ 1,233. Kita boleh mengandaikan bahawa tahap tinggi bulan ini berkemungkinan akan terletak pada tahap $ 1,255 atau maksimum pada tahap harga $ 1,268. Kami mencadangkan kepada para pedagang agar membuka kedudukan menjual emas dengan menetapkan sasaran pada tahap $ 1.150 dan $ 1.110.
Rintangan $1,255, $1,268.
Sokongan $1,233, $1,220, $1,211.
