
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang tunggal ini dilihat telah menembusi pada tahap 1.4900 sepertimana yang telah kita jangkakan. Sila ambil perhatian bahawa tahap 1.4900 ini adalah merupakan rintangan Fibonacci 0.618 untuk pergerakkan penurunan harga daripada tahap 1.5020 ke arah tahap 1.4720/30 yang telah berlaku pada baru-baru ini. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan pada kedudukan membeli buat masa sekarang.
2. Rintangan bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap harga 1.5020, manakala sokongan pula tersebar melalui tahap 1.4700/20 (pertengahan), dan diikuti masing-masing oleh tahap 1.4550 dan 1.4350.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa selagi harga didagangkan di bawah tahap 1.5020, maka ayunan penurunan harga ini akan berlanjutan sekurang-kurangnya hingga ke arah tahap 1.4550. Kegagalan harga untuk menembusi pada tahap rendah baru-baru ini, iaitu pada tahap 1.4700 akan mendorong harga untuk bergerak dalam aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Ambil keuntungan pada kedudukan membeli. Bagi strategi perdagangan agresifn ambil 50% kedudukan menjual pada masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan stop loss di tahap 1.5020, dan sasaran pada tahap 1.4550.
Semoga berjaya!