
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan diniagakan di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh peningkatan penghindaran risiko pelabur ekoran daripada ketegangan yang berterusan di antara Rusia-Ukraine dan jualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini didorong oleh ramalan penurunan kadar ECB pada hari Khamis selepas zon euro mencatatkan angka yang lebih tinggi berbanding ramlan bagi IHP Flash Zon Euro pada bulan Februari, permintaan daripada pengimport Jepun dan dasar kewangan yang longgar oleh BOJ. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik telah jatuh daripada zon terlebih beli dan MACD melintasi aliran penurunan harga berbanding purata pergerakkan eksponen, purata pergerakkan lima hari jatuh di bawah MA 15 hari.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.6 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 171.2. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 168.75. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 168.35. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 169.20.
Tahap Rintangan:
170.6
171.2
171.6
Tahap Sokongan:
168.75
168.35
167.9