Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 04 Mac, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-03-04T15:04:40

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 04 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 04 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh sentimen dolar AS yang positif dolar dan penjualan mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY melemah. Walau bagaimanapun, sentimen CHF dilihat tenang dengan kenaikan yang mengejutkan telah dicatatkan di dalam laporan PMI Switzerland, naik kepada 57.6 pada bulan Februari berbanding 56.1 pada bulan Januari (berbanding 55.8 pada ramalan). Keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh permintaan franc semasa pasangan EUR/CHF ini melemah. Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah penurunan harga, walau bagaimanapun stokastik tetap berada di bawah tekanan di zon terlebih jual; purata pergerakkan 5 dan 15 kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8875 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8895. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8795. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8770. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8815.

Tahap Rintangan:
0.8875
0.8895
0.8935

Tahap Sokongan:
0.8795
0.8770
0.8740

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...