
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas mencecah tahap tinggi hampir dua bulan di tahap 0.8432 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh sentimen dolar yang melemah dan permintaan mata wang Dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah dan pendirian agresif Bank Rizab New Zealand mengenai dasar monetari. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas ekoran daripada kebimbangan para pelabur terhadap kelembapan ekonomi di China. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, stokastik tetap berada tahap tinggi di zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8510 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8545. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8395. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8370. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8430.
Tahap Rintangan:0.8510
0.8545
0.86
Tahap Sokongan:
0.8395
0.8370
0.8345