
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan mengukuh selepas mencecah tahap tinggi tiga hari pada tahap 140.78 hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang GBP/JPY kini sedang dilemahkan ekoran daripada selera risiko pelabur yang kurang memberangsangkan dan penjualan pengeksport Jepun. Tetapi kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY adalah akibat daripada permintaan dari pengimport Jepun dan perlonggaran dasar kewangan oleh BOJ. Carta harian kini dilihat bertukar kepada positif sebagaimana MACD kini adalah aliran menaik dan stokastik kini sedang beralih kepada aliran kenaikkan harga.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 172.76 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 173.60. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 170.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 169.75. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 170.90.
Tahap Rintangan:
172.76
173.60
174.15
Tahap Sokongan:
170.50
169.75
168