

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menaik, harga dilihat telah menguji tahap 1,353.20 pada jumlah tinggi ultra (kemuncak pembelian). Analisis kami yang terdahulu masih lagi sah dan pesanan membeli pada tahap ini kelihatan sangat berisiko. Emas kini sedang didagangkan di sekitar kawasan rintangan kritikal, iaitu pada tahap harga 1,338.00. Kami mendapati bahawa FR 61.8% berada pada tahap harga 1,338.00 dan sekiranya emas berjaya menembusi pada tahap ini, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan penurunan harga yang berpotensi. Berdasarkan pada carta harian, kita mendapati bahawa bar permintaan berada pada jumlah di atas purata. Menurut pada carta 4H pula, kita telah dapat melihat kemuncak pembelian pada tahap harga 1,351.00, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan membeli pada tahap ini kelihatan amat berisiko. Walau bagaimanapun, sekiranya harga menembusi tahap 1,355.00 pada jumlah yang tinggi, maka kita berkemungkinan akan melihat pergerakan kenaikkan ahrga yang selanjutnya dan harga berpotensi untuk menguji tahap harga 1,395.00-1,400.00. Saya meletakkan tahap Fibonacci untuk mencari stesen penurunan yang berpotensi sekiranya harga mula melakukan fasa pembetulan dan saya mendapati submajor penarikan semula Fibonacci 38.2% berada pada tahap harga 1,309.00 dan Fibonacci 61.8% pada tahap harga 1,282.00.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,353.48
R2: 1,358.72
R3: 1,367.20
Tahap Sokongan:
S1: 1,336.52
S2: 1,331.28
S3: 1,322.80
Cadangan Perdagangan: Para pedagang diingatkan agar berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli Emas sebagaimana ia kini berada disekitar kawasan kritikal dan juga sedang menghampiri ke tahap tinggi baru.