
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga sebagaimana pasaran kini sedang menanti laporan gaji bukan perladangan AS. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh sentimen euro yang bertambah baik, selera risiko pelabur yang positif, permintaan dari pengimport Jepun dan perlaksanaan perlonggaran dasar kewangan oleh BOJ. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasnagan mata wang EUR/JPY telah terjejas ejkoran daripada penjualan pengeksport dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 173.60 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 174.10. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 171.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 170.50. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 171.90.
Tahap Rintangan:173.60
174.10
174.65
Tahap Sokongan:
171.30
170.50
170