Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 Mac, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-03-07T12:35:33

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 Mac, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 Mac, 2014

Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas mencecah tahap tinggi empat bulan 0.8502 pada hari Khamis lau sebagaimana pasaran kini sedang menanti laporan gaji bukan perladangan AS. Kadar harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah disokong oleh permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah sentimen risiko pelabur yang positif, sentimen dolar yang melemah, pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar kewangann dan harga komoditi yang lebih mengukuh. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas ekoran daripada penjualan dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD mengukuh, kebimbangan para pelabur mengenai kelembapan ekonomi di China dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik tetap tinggi pada zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8545 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8590. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8430. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8395. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8465.

Tahap Rintangan:
0.8545
0.8590
0.8635

Tahap Sokongan:
0.8430
0.8395
0.8370

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...