
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan stabil dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana pasaran kini sedang menanti laporan senarai gaji bukan perladangan AS. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah terjejas ekoran daripada permintaan mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY mengukuh dan sentimen dolar yang melemah. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh penjualan franc semasa pasangan EUR/CHF mengukuh dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD kini berada di dalam aliran penurunan harga, stokastik juga telah beralih kepada aliran menurun, dan purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8730; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8710. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8825. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8730 dan sasaran kedua pada tahap 0.8710.
Tahap Rintangan: 0.8860
0.8895
0.8925
Tahap Sokongan:
0.8730
0.8710
0.8675