
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan diniagakan di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh keputusan Bank Rizab New Zealand yang memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah utama sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% dan Gabenor Wheeler RBNZ berkata bahawa kadar kenaikan ini tidak akan berubah hanya kerana bank pusat beranggapan mata wang dolar NZ kini terlebih nilai, manakala ramalan bank tersebut mensasarkan kenaikan kadar yang lebih agresif berbanding ramalan sebelum ini pada bulan Disember. Kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini juga dirangsang oleh penurunan mata wang dolar yang ketara dan permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah toleransi risiko yang lebih baik serta permintaan dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD melemah. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana corak kenaikkan harga outside-day-range telah selesai pada hari Rabu; MACD kini berada di dalam aliran menaik, manakala stokastik tetap tinggi pada zon terlebih beli dengan purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8650 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8680. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8430. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.840. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8485.
Tahap Rintangan: 0.8650
0.8680
0.8725
Tahap Sokongan:
0.8430
0.84
0.8370